Wednesday, August 18, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010

Salam Ramadhan

Pihak Admin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR kali ini. Semoga semua calon berada dalam keadaan tenang dan bersedia untuk menjawab soalan yang ditanya.

Percayalah bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan, Tuhan akan memberi jalan atau kemudahan di atas urusan kita. Ikhlaskan diri dan antara rahsia untuk lebih mudah berjaya ialah jangan berhenti berkhidmat kepada kedua orang tua yakni ibu dan bapa kita dan hormatilah guru anda.

Semua guru mendoakan kejayaan anda.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Maju Jaya. Tahniah kepada semua murid di Bilik 2. Cikgu terharu dengan disiplin yang kamu tunjukkan. Mudah-mudahan Allah berkati segala usaha kamu...

Pengetua SMK Tasek said...

Salam kpd calon-calon PMR SMK Tasek,

Jadikanlah Peperiksaan Percubaan (PP)pada kali ini sebagai kayu ukur untuk melihat sejauh mana mantapnya persediaan kita sebelum menghadapi PMR yang sebenar pada bulan Oktober kelak.

Kita boleh meneliti kelemahan kita dalam penguasaan topik-topik tertentu. Seterusnya, gunakan masa yang masih ada untuk berbincang dengan para guru.

Saya amat yakin anda mampu meraih keputusan yang cemerlang!