Thursday, August 12, 2010

MARHABAN YAA RAMADHAN



Admin ingin mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua warga Sementas yang beragama Islam. Ramadhan merupakan bulan yang kita tunggu - tunggu kedatangannya kerana terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Taala kepada hambaNya yang mengerjakan ibadah berpuasa.

Banyak Program yang telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam bagi menghidupkan Ramadhan dalam kalangan warga Sementas. Di antara program - program itu ialah Ceramah Ihya' Ramadhan sempena menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah ini...

Admin juga difahamkan bahawa sepanjang waktu rehat pada bulan Ramadhan ini, para pelajar akan diberi tazkirah oleh para guru dan terdapat juga 9 kumpulan tadarrus (pelajar) yang akan bertadarrus Al-Quran mengikut himpunan juzuk yang telah ditetapkan dengan pemantauan seorang guru bagi setiap kumpulan.

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan mahu merebut peluang untuk sama - sama melipat gandakan pahala Ramadhan Barakah ini.

Admin ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua ahli panitia Pendidikan Islam di atas usaha murni merancang program untuk menfaat bersama. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita, Amin Ya Rabbal A'lamin.

1 comment:

Pengetua SMK Tasek said...

Salam kpd warga muslimin SMK Tasek,

Ambillah kesempatan yg ada di bulan Ramadhan al-Mubarak ini bagi memperbaiki diri & amalan kita agar kita sentiasa menjadi umat yang cemerlang.

Jadikan kesukaran dan kepayahan sepanjang bulan ini sebagai satu cabaran & ujian.

Ingatlah bahawa Allah mengetahui kekuatan setiap insan. Maka ujian2 sebegini sebenarnya boleh diatasi.

Gunakanlah akal dan iman sebagai pemandu tindakan & perlakuan kita. Awasi & kawallah nafsu kita agar tidak tergelincir dalam kehidupan.

Selamat berpuasa!