Monday, September 12, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

 
Para Guru dan seluruh warga Sementas05
ingin mengucapkan
 selamat menghadapi peperiksaan percubaan kepada calon-calon SPM.

Kami doakan semoga anda mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.
Sila patuhi semua peraturan
peperiksaan.


SUCCESS DEPENDS ON WHAT YOU DO WITH YOU


Kejayaan bergantung kepada
apa yang kita lakukan terhadap diri sendiri.

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Sedar tak sedar... kita sudah berada di penghujung Ramadhan... Ramadhan bakal melabuh tirainya... sudah pasti kita semua akan merindui bahtera Ramadhan yang akan berlabuh buat sekian kalinya...
Pada kesempatan masa, ruang dan peluang yang ada, marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Illahi semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan... InsyaAllah...

Ambang Syawal, semoga membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua.





Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh murid ICTL 2A.... Tahniah

Wednesday, June 22, 2011

Penyertaan Pertandingan Kreatif Sains & Matematik Kebangsaan 2011 - ITNM

Tahniah di atas usaha gigih sekumpulan 4 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Tasek sehingga dapat menghasilkan sebuah video "Budak Sekolah" yang berkisarkan tentang....tentang.... ahhaaa tengok sendirilah... dari kacamata seorang guru MPV Produksi Multimedia.... mereka ini memang berbakat besar... tak caya????? Dengar Background muzik saja pun dah gempakkkk.... Jom tengok ramai2... Lepas tu, apa lagi.... Thumbs Up lah pada karya mereka... Tahniah daripada CgFaie.

Menang atau Kalah Bukanlah Ukurannya.... tetapi Usaha Gigih itulah yang menambat hati kami para pendidik...
Go go... Ahmad Afiq, Azurul, Suhaizam, Afiq Iman dan Faizal. 
InsyaAllah BERJAYA, Aamin.

"Hendak 1000 daya....."

Tuesday, May 3, 2011

LDP

LDP di Tasek Banding telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun pada 1 Mei, warga SMK Tasek tetap cemerlang... Tahniah n syabas kepada SU LDP dan semua yg terlibat... Semoga semua yg terlibat mendapat manfaat....

Friday, April 29, 2011

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia

Majlis telah berlangsung dengan jayanya.. Tahniah kepada AJK...
Kepada para pelajar, gunakanlah kemudfahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Peperiksaan  Pertengahan Tahun akan menjelma tidak lama lagi... Di harap para pelajar membuat persediaan yang secukupnya.
 Tarikh : 6 Mei 2011 (Menengah Atas)
             11 Mei 2011 (Menengah Rendah)
             13 Mei 2011 (Peralihan)
Selamat Maju Jaya....

Sunday, April 10, 2011

Tahniah... Kitalah Juara

Tahniah kepada ketiga - tiga peserta pantun SMK Tasek yang begitu menyerlah sehinggakan mereka dinobatkan sebagai Juara Pesta Pantun bagi Zon Nibong Tebal 2011. Pihak juri telah sebulat suara memilih Adik Mohd Izzairey dari SMK Tasek. sebagai Pemantun Terbaik. 

Sekalung tahniah juga ditujukan kepada Cikgu Rosmizi Guru Pelatih USM kerana berusaha dengan gigih mendidik dan membimbing pasukan pantun sekolah.

Setinggi - tinggi penghargaan juga dikalungkan kepada Puan Pengetua, Pn Hajjah Rohani Hassan dan pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan padu dalam menjayakan Pesta Pantun 2011 Zon Nibong Tebal. Kepada semua Jawatankuasa Kerja, kita dah buktikan sokongan padu dan tanda kasih kita kepada SMK Tasek... Syabas kepada semua.

Kitalah JUARA...

Bagi pihak Admin, kami doakan yang terbaik kepada pasukan pantun sekolah untuk ke pertandingan pesta pantun mewakili daerah pula... InsyaAllah boleh menang.

p/s :>>> kata Cikgu Rosmizi... lepas ni kena kerja keras lagilah... dia dah takda kat sini...

Monday, April 4, 2011

Penganugerahan Surat Lantikan Pengawas PSS

Majlis Pelantikan Pengawas PSS baru (2011) telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tasek, Puan Hajjah Rohani Hassan di Dewan SMK Tasek pagi tadi. Majlis dipengerusikan oleh Guru Media, Pn Ismayati Ismail. Acara dimulakan dengan penyampaian Surat Lantikan kepada semua pengawas PSS baru. Seterusnya, pembacaan ikrar oleh semua pengawas PSS diketuai oleh Faizah Saniah Ibrahim selaku Ketua Pengawas PSS SMK Tasek.

Semoga dengan pelantikan ini, semua pengawas PSS akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing demi memartabatkan PSS SMK Tasek. Marilah bersama - sama kita memanfaatkan kemudahan yang ada untuk meningkatkan potensi diri.


Hidup PSS SMK Tasek!!!

Monday, March 28, 2011

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif

Team Liga Remaja bersama PK Pentadbiran
Bersama Guru Penasihat


En Roslan (SKMM) merasmikan majlis



bersama En Roslan (SKMM)

Kat sini la...

Wednesday, March 23, 2011

Debaran SPM 2011

Salam Ceria pagi ini. Debaran menunggu keputusan SPM kian terasa... Keputusan akan diumumkan jam 10 pagi ini. Kepada anak - anak didik SPM 2010, semoga berjaya mendapat keputusan yang baik, Aamin.

Saturday, March 12, 2011

Kejohanan Bola Jaring MSSPP

Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari di Padang SMK Tasek.
Pihak sekolah telah dipertanggungjawabkan sebagai pengelola Kejohanan Bola Jaring kali ini.


Saat-saat yang dinantikan telah tiba...

Cuti persekolahan telah bermula... Peluang beginilah yang dinanti-nantikan oleh para waris, murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti bersama keluarga...
Pihak Admin ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat bercuti dan Selamat Bergembira bersama keluarga tercinta khususnya kepada seluruh warga Sementas. Berhati - hati di jalanraya. Ingat insan tersayang.

** Admin jalan2 cari makan....