Wednesday, December 8, 2010

Setiap yang hidup, pasti akan kembali...

Allah lebih menyayangi beliau daripada kita....

Salam takziah dan banyak2 lah bersabar buat keluarga Allahyarham Mohd Hanif bin Abdul Rahim di atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada tanggal 1Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010 akibat kemalangan jalanraya. Seluruh warga Sementas05 berasa dukacita dan sedih di atas pemergian beliau. Beliau merupakan di antara pelajar yang baik pekerti dan memiliki sahsiah yang tinggi.

Namun, kita akur bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Maha Pencipta... Oleh sebab itu, sebagai hamba...kita perlu redho di atas ketentuanNya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang Soleh, InsyaAllah.

Di atas rasa kasih sayang yang mendalam dalam kalangan warga Sementas05, marilah kita sama - sama sedekahkan Al -Fatihah kepada arwah2 yang telah meninggalkan kita khususnya kepada Allahyarham Mohd Hanif bin Abdul Rahim.. Al-Fatihah.

Wednesday, August 18, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010

Salam Ramadhan

Pihak Admin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR kali ini. Semoga semua calon berada dalam keadaan tenang dan bersedia untuk menjawab soalan yang ditanya.

Percayalah bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan, Tuhan akan memberi jalan atau kemudahan di atas urusan kita. Ikhlaskan diri dan antara rahsia untuk lebih mudah berjaya ialah jangan berhenti berkhidmat kepada kedua orang tua yakni ibu dan bapa kita dan hormatilah guru anda.

Semua guru mendoakan kejayaan anda.

Thursday, August 12, 2010

MARHABAN YAA RAMADHAN



Admin ingin mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua warga Sementas yang beragama Islam. Ramadhan merupakan bulan yang kita tunggu - tunggu kedatangannya kerana terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Taala kepada hambaNya yang mengerjakan ibadah berpuasa.

Banyak Program yang telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam bagi menghidupkan Ramadhan dalam kalangan warga Sementas. Di antara program - program itu ialah Ceramah Ihya' Ramadhan sempena menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah ini...

Admin juga difahamkan bahawa sepanjang waktu rehat pada bulan Ramadhan ini, para pelajar akan diberi tazkirah oleh para guru dan terdapat juga 9 kumpulan tadarrus (pelajar) yang akan bertadarrus Al-Quran mengikut himpunan juzuk yang telah ditetapkan dengan pemantauan seorang guru bagi setiap kumpulan.

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan mahu merebut peluang untuk sama - sama melipat gandakan pahala Ramadhan Barakah ini.

Admin ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua ahli panitia Pendidikan Islam di atas usaha murni merancang program untuk menfaat bersama. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sunday, August 8, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH

SMK Tasek melakarkan sejarah buat sekian kalinya. Bertarikh 7 Ogos 2010, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik disambut buat kali ke 6 dengan meriah. 

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Daud bin Hassanudin, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN PP mantan Pegawai Pelajaran Daerah SPS. Pihak sekolah merakamkan setinggi - tinggi penghargaan di atas kesudian beliau merasmikan Hari Anugerah pada kali ini. 
Tahniah kepada semua warga SMK Tasek khususnya kepada penyelaras program, Pn Fazilawati Jamaludin kerana begitu dedikasi terhadap tugas masing2.

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah di atas usaha gigih dalam bidang masing2 dan teruskan melakar detik-detik indah semasa berada di SMK Tasek.

Terima kasih kepada para waris yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi Hari Anugerah kali ini.

Tuesday, August 3, 2010

Terima kasih, Jasa kalian tetap kami kenang

Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Noridhuwah, Cikgu Noraini dan Cikgu NorAznina....
Terima kasih krn banyak memberi khidmat bantu dalam mendidik dan mengurus perjalanan kurikulum, kokurikulum dan HEM SMK Tasek. Sesungguhnya kehadiran kalian semua di SMK Tasek begitu bermakna.
 Kalian mewarnai suka duka di SMK Tasek dan itulah sebenarnya pengalaman yang amat berguna dalam mematangkan diri seorang yang bergelar CIKGU...

Sebenarnya, walau di mana jua pun kalian bertugas, misi dan visi seorang CIKGU adalah sama iaitu mendidik anak bangsa menjadi manusia yang mampu berjasa pd agama dan nusa bangsa. Kami di SMK Tasek sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua dan sudi-sudilah bertandang menjenguk anak - anak didik yang begitu dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar drpd kalian.

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

Sunday, July 25, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2009

DOA BUAT AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA





Ketika sakit, ketika sihat, ketentuan ajal dan maut... segalanya adalah milik Allah. Kasih yang mendalam dari seorang anak kepada ayahanda dan bonda tercinta dapat dipanjangkan melalui DOA...

Di permulaan pagi yang hening ini, Admin ingin memohon jasa baik seluruh warga Sementas05 dan para pelajar juga pelawat Blog Sementas05 untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik kepada Ayahanda Shamsudin bin Hanafi (ayahanda Cikgu Marsita) dan Ayahanda Daud (ayahanda Cikgu Dazila) yang kini sedang diberi ujian oleh Allah. Sesungguhnya melalui ujian itulah,   Allah meningkatkan maqam hamba disisiNYa. 

Seterusnya, marilah sama - sama kita memanjatkan doa kesejahteraan buat ayahanda dan bonda sama ada mereka masih hidup atau pun telah dahulu pergi menyahut seruan Ilahi... 

Salam dinihari...


LDP 3 : Merangka dan membina jadual waktu

LDP kali ke 3 telah selamat dilaksanakan pd Sabtu 24 Julai 2010. Penceramah kali ini yang juga guru jadual waktu iaitu Pn Norhasnamila Mushari mengendalikan program dengan baik dan lancar dibantu oleh Pn Norhasniza Yaacob.

Di dalam LDP kali ini, para guru SMK Tasek diberi ilmu dan pendedahan berkaitan cara menyusun dan membina jadual waktu dengan mengguna pakai Software Winjaws. Pendedahan ini dilihat secara positif dapat memberi sedikit gambaran dan pengetahuan serta pengalaman secara hands-on kepada para guru dalam melicinkan tadbir urus perjalanan kurikulum sekolah.

Harapan yang digarapkan agar para guru bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk merangka  dan membina jadual waktu pada suatu masa kelak.

Usaha murni JKuasa LDP ini khususnya En. Eshamuddin Abd Rahim, PK Pentadbiran dan Pn Juhaida Abd Rahman selaku personalia yang mengurus LDP bagi pihak sekolah, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Atas usaha yang berterusan, Jati diri guru yang kental...tiada yang mustahil bagi seorang guru menggapai impian...  

Thursday, July 22, 2010

Minggu Sains & Matematik : Hari ke-3

         

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ke-3 Minggu Sains & Matematik. Tahniah diucapkan kpd guru- guru Sains dan Matematik yang telah bertungkus lumus menjayakan Minggu ini. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Rocket Launch, Maths Magic, ice Cream Making dan Human Bingo. 

Tuesday, July 20, 2010

Kuiz Spontan

Pengisian Minggu Sains dan Matematik hari kedua ialah Kuiz Spontan.
Pelajar telah diajukan soalan berkaitan Sains dan Matematik untuk menguji mereka dalam bidang tersebut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan dan mendapat hadiah dan bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa.... masih ada lagi aktiviti yang menarik bakal dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik.

Friday, July 9, 2010

Wednesday, June 30, 2010

Hari Koperasi Sekolah 2010


  
Hari Koperasi Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini. Admin mengucapkan tahniah kepada Guru - guru Koperasi SMK Tasek Berhad kerana telah berjaya menyusun atur program - program yang menarik dan berfaedah kepada warga SMK Tasek dan ahli - ahli koperasi. Tema sambutan Hari Koperasi 2010 ialah Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah.

Pelancaran HKS 2010 telah disempurnakan oleh Tn Pengetua Dr Hj Mohd Nazari bin Yaakob. Beliau juga telah menanam pokok sebagai acara simbolik pada sambutan kali ini. Pihak pengurusan Koperasi SMK Tasek Berhad telah menghadiahkan sebuah beg dan tuala muka sebagai tanda ingatan dan cenderahati kepada semua ahli koperasi di atas sokongan padu mereka.

Tahniah sekali lagi kepada Cikgu Tate Supihan, Cikgu Norhasniza, Cikgu Asfaazian dan Cikgu Assharul Hurum.Admin berharap agar Koperasi SMK Tasek akan terus  memberi manfaat dan keuntungan kepada semua ahli, insyaAllah.

Monday, June 21, 2010

Taklimat NKRA Peringkat Sekolah


 


Satu taklimat pengisian NKRA telah diadakan di Makmal Komputer 2 kepada GPK, Guru Kanan dan guru yang terlibat. Ianya bertujuan bagi melancarkan proses pengisian data yang diperlukan mengikut sub-sub bidang NKRA. Pepatah ada menyebut "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"... itulah yang dipraktikkan oleh warga SMK Tasek bagi menyelesaikan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Monday, June 14, 2010

Aktiviti Kokurikulum :Sukan dan Permainan

 


 


 

  

  


 

 


 
  
Pelajar SMK Tasek memang berpotensi dalam bidang Kokurikulum. Tengok saja aksi mereka semasa aktiviti kokurikulum sukan dan permainan dijalankan. InsyaAllah usaha yang baik jika diteruskan tanpa jemu, akan membuahkan hasil yang baik. Tahniah juga kepada Guru - guru sukan dan permainan di atas usaha membimbing anak didik tanpa rasa jemu. Hidup SMK Tasek!!!