Tuesday, August 3, 2010

Terima kasih, Jasa kalian tetap kami kenang

Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Noridhuwah, Cikgu Noraini dan Cikgu NorAznina....
Terima kasih krn banyak memberi khidmat bantu dalam mendidik dan mengurus perjalanan kurikulum, kokurikulum dan HEM SMK Tasek. Sesungguhnya kehadiran kalian semua di SMK Tasek begitu bermakna.
 Kalian mewarnai suka duka di SMK Tasek dan itulah sebenarnya pengalaman yang amat berguna dalam mematangkan diri seorang yang bergelar CIKGU...

Sebenarnya, walau di mana jua pun kalian bertugas, misi dan visi seorang CIKGU adalah sama iaitu mendidik anak bangsa menjadi manusia yang mampu berjasa pd agama dan nusa bangsa. Kami di SMK Tasek sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua dan sudi-sudilah bertandang menjenguk anak - anak didik yang begitu dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar drpd kalian.

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

2 comments:

cgFaie said...

Semua diberkati segala usaha dan pengorbanan seorang yang bergelar GURU

Pengetua said...

Bagi pihak seluruh warga SMK Tasek, saya ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kpd GSTT kita yg telah bersama2 menjayakan agenda sekolah. Mgkn suatu hari nanti mereka berjaya menceburkan diri dlm kerjaya perguruan.InsyaAllah.