Sunday, July 25, 2010

LDP 3 : Merangka dan membina jadual waktu

LDP kali ke 3 telah selamat dilaksanakan pd Sabtu 24 Julai 2010. Penceramah kali ini yang juga guru jadual waktu iaitu Pn Norhasnamila Mushari mengendalikan program dengan baik dan lancar dibantu oleh Pn Norhasniza Yaacob.

Di dalam LDP kali ini, para guru SMK Tasek diberi ilmu dan pendedahan berkaitan cara menyusun dan membina jadual waktu dengan mengguna pakai Software Winjaws. Pendedahan ini dilihat secara positif dapat memberi sedikit gambaran dan pengetahuan serta pengalaman secara hands-on kepada para guru dalam melicinkan tadbir urus perjalanan kurikulum sekolah.

Harapan yang digarapkan agar para guru bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk merangka  dan membina jadual waktu pada suatu masa kelak.

Usaha murni JKuasa LDP ini khususnya En. Eshamuddin Abd Rahim, PK Pentadbiran dan Pn Juhaida Abd Rahman selaku personalia yang mengurus LDP bagi pihak sekolah, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Atas usaha yang berterusan, Jati diri guru yang kental...tiada yang mustahil bagi seorang guru menggapai impian...  

2 comments:

cgFaie said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu

Pengetua said...

Mgkn ada yg tertanya2 tujuan pengisian LDP kali ini.

Tidak lain dan tidak bukan, kita mahu mendedahkan sebanyak mgkn kemahiran & ilmu fungsional utk para pendidik kita.

Ini disebabkan ilmu adalah bersifat dinamik dan tidak statik serta perlu diperbaharui & dikemaskini dari semasa ke semasa. Wallahu'alam.