Sunday, April 10, 2011

Tahniah... Kitalah Juara

Tahniah kepada ketiga - tiga peserta pantun SMK Tasek yang begitu menyerlah sehinggakan mereka dinobatkan sebagai Juara Pesta Pantun bagi Zon Nibong Tebal 2011. Pihak juri telah sebulat suara memilih Adik Mohd Izzairey dari SMK Tasek. sebagai Pemantun Terbaik. 

Sekalung tahniah juga ditujukan kepada Cikgu Rosmizi Guru Pelatih USM kerana berusaha dengan gigih mendidik dan membimbing pasukan pantun sekolah.

Setinggi - tinggi penghargaan juga dikalungkan kepada Puan Pengetua, Pn Hajjah Rohani Hassan dan pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan padu dalam menjayakan Pesta Pantun 2011 Zon Nibong Tebal. Kepada semua Jawatankuasa Kerja, kita dah buktikan sokongan padu dan tanda kasih kita kepada SMK Tasek... Syabas kepada semua.

Kitalah JUARA...

Bagi pihak Admin, kami doakan yang terbaik kepada pasukan pantun sekolah untuk ke pertandingan pesta pantun mewakili daerah pula... InsyaAllah boleh menang.

p/s :>>> kata Cikgu Rosmizi... lepas ni kena kerja keras lagilah... dia dah takda kat sini...

1 comment:

cgu is said...

Tahniah