Sunday, August 8, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH

SMK Tasek melakarkan sejarah buat sekian kalinya. Bertarikh 7 Ogos 2010, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik disambut buat kali ke 6 dengan meriah. 

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Daud bin Hassanudin, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN PP mantan Pegawai Pelajaran Daerah SPS. Pihak sekolah merakamkan setinggi - tinggi penghargaan di atas kesudian beliau merasmikan Hari Anugerah pada kali ini. 
Tahniah kepada semua warga SMK Tasek khususnya kepada penyelaras program, Pn Fazilawati Jamaludin kerana begitu dedikasi terhadap tugas masing2.

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah di atas usaha gigih dalam bidang masing2 dan teruskan melakar detik-detik indah semasa berada di SMK Tasek.

Terima kasih kepada para waris yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi Hari Anugerah kali ini.

2 comments:

Pengetua said...

Saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan & ucapan terima kasih kpd semua guru & pelajar yg telah menjayakan Hari Anugerah ke-6 pada 7 Ogos 2010.

Ada sedikit kelainan berbanding thn 2009. Kita ada persembahan boria yg sudah tentunya mencuit bakat seni para pelajar. Tahniah kpd Cg. Sabariyah & Cg. Sazalie serta ahli team boria 2010.

Begitu juga dgn team choral speaking, tarian & kompang formasi. Teruskan lagi!

Kehadiran ibu bapa pun ada peningkatan. Tahniah!

Pengetua SMK Tasek said...

Salam kpd seluruh warga SMK Tasek.

Sekalung tahniah kpd penerima2 anugerah s/ada para pelajar maupun guru bagi tahun ini.

Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang statik bahkan ia bersifat dinamik. Seseorang yg tidak menerima anugerah kecemerlangan pada tahun 2010 tidak bererti beliau tidak akan menerimanya pada tahun-tahun yang akan datang.

Di SMK Tasek, kita amat menggalakkan budaya persaingan secara sihat dlm kalangan warganya. Dgn cara ini, kita akan meningkatkan tahap kecemerlangan tanpa mengira apa jua bidang yang kita ceburi.

Oleh yang demikian, peluang yang sama rata tetap ada bagi setiap warga SMK Tasek asalkan mereka terus menerus berusaha dengan gigih utk mencapainya.

Selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR & SPM 2010.