Monday, April 4, 2011

Penganugerahan Surat Lantikan Pengawas PSS

Majlis Pelantikan Pengawas PSS baru (2011) telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tasek, Puan Hajjah Rohani Hassan di Dewan SMK Tasek pagi tadi. Majlis dipengerusikan oleh Guru Media, Pn Ismayati Ismail. Acara dimulakan dengan penyampaian Surat Lantikan kepada semua pengawas PSS baru. Seterusnya, pembacaan ikrar oleh semua pengawas PSS diketuai oleh Faizah Saniah Ibrahim selaku Ketua Pengawas PSS SMK Tasek.

Semoga dengan pelantikan ini, semua pengawas PSS akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing demi memartabatkan PSS SMK Tasek. Marilah bersama - sama kita memanfaatkan kemudahan yang ada untuk meningkatkan potensi diri.


Hidup PSS SMK Tasek!!!

6 comments:

cgfaie said...

Tahniah kpd Guru Media dan Jawatankuasa PSS yang sentiasa berusaha menghidup dan menceriakan PSS.

cgu is said...

Terima kasih cgfaie. masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. semoga kawan2 sentiasa memberikan sokongan kepada pss.

Anonymous said...

Tahniah Is.. Biarpun terlambat.... SMKT sentiasa dalam ingatan...
-Laa-

Dr. Hj. Mohd. Nazari Yaakob said...

AsSalam semua.
Tahniah diucapkan kpd semua yg terlibat. Semoga perlantikan ini akan menyemarakkan lagi semangat utk berkhidmat kpd sekolah.

Sbg pengawas, byk pengorbanan yg perlu dilakukan oleh para pengawas. Walau bagaimanapun, saya tetap yakin dan percaya bhw pelajar yg terpilih itu sememangnya pelajar yg cemerlang dan berintegriti.

Sekali lagi tahniah drpd saya.

Mantan Pengetua SMK Tasek

cgu is said...

Dr dan Laa,
Terima kasih kerana masih mengingati kami di sini.

ainhany said...

salams,

TAHNIAH DAN SYUKUR ATAS KEJAYAAAN SPM 2011. Semuga ada latest update dan misi sekolah cemerlang> Terima KAsih cikgu