Thursday, May 6, 2010

Taklimat Waris MPV Produksi Multimedia


 

 


Satu sesi taklimat berkaitan perjalanan Mata Pelajaran MPV Produksi Multimedia dan kepentingan sokongan dan pemantauan daripada waris telah diadakan pada 5 Jun 2010 kepada para waris pelajar MPV Produksi Multimedia.

Jutaan terima kasih daripada Panitia MPV Produksi Multimedia kepada pihak pentadbiran terutamanya 
Tn Pengetua Dr Hj Mohd Nazari bin Yaakob yang begitu prihatin terhadap kelancaran perjalanan MPV. Pihak Panitia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para waris yang hadir menjayakan taklimat tersebut.

Kepada para pelajar MPV, panjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas kurniaan ini. Anda memang bertuah kerana terpilih menjadi cohort pertama MPV Produksi Multimedia SMK Tasek. Semua kelengkapan yang disediakan oleh pihak kementerian Pelajaran sewajarnya digunakan sebaik mungkin dalam mengembangkan bakat dan potensi diri untuk menghadapi wadah di kemudian hari. Ruang dan peluang telah terbentang di hadapan anda, terpulanglah kepada diri untuk memilih dan melaksanakannya sebaik mungkin.

No comments: