Friday, April 29, 2011

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia

Majlis telah berlangsung dengan jayanya.. Tahniah kepada AJK...
Kepada para pelajar, gunakanlah kemudfahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Peperiksaan  Pertengahan Tahun akan menjelma tidak lama lagi... Di harap para pelajar membuat persediaan yang secukupnya.
 Tarikh : 6 Mei 2011 (Menengah Atas)
             11 Mei 2011 (Menengah Rendah)
             13 Mei 2011 (Peralihan)
Selamat Maju Jaya....

Sunday, April 10, 2011

Tahniah... Kitalah Juara

Tahniah kepada ketiga - tiga peserta pantun SMK Tasek yang begitu menyerlah sehinggakan mereka dinobatkan sebagai Juara Pesta Pantun bagi Zon Nibong Tebal 2011. Pihak juri telah sebulat suara memilih Adik Mohd Izzairey dari SMK Tasek. sebagai Pemantun Terbaik. 

Sekalung tahniah juga ditujukan kepada Cikgu Rosmizi Guru Pelatih USM kerana berusaha dengan gigih mendidik dan membimbing pasukan pantun sekolah.

Setinggi - tinggi penghargaan juga dikalungkan kepada Puan Pengetua, Pn Hajjah Rohani Hassan dan pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan padu dalam menjayakan Pesta Pantun 2011 Zon Nibong Tebal. Kepada semua Jawatankuasa Kerja, kita dah buktikan sokongan padu dan tanda kasih kita kepada SMK Tasek... Syabas kepada semua.

Kitalah JUARA...

Bagi pihak Admin, kami doakan yang terbaik kepada pasukan pantun sekolah untuk ke pertandingan pesta pantun mewakili daerah pula... InsyaAllah boleh menang.

p/s :>>> kata Cikgu Rosmizi... lepas ni kena kerja keras lagilah... dia dah takda kat sini...

Monday, April 4, 2011

Penganugerahan Surat Lantikan Pengawas PSS

Majlis Pelantikan Pengawas PSS baru (2011) telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tasek, Puan Hajjah Rohani Hassan di Dewan SMK Tasek pagi tadi. Majlis dipengerusikan oleh Guru Media, Pn Ismayati Ismail. Acara dimulakan dengan penyampaian Surat Lantikan kepada semua pengawas PSS baru. Seterusnya, pembacaan ikrar oleh semua pengawas PSS diketuai oleh Faizah Saniah Ibrahim selaku Ketua Pengawas PSS SMK Tasek.

Semoga dengan pelantikan ini, semua pengawas PSS akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing demi memartabatkan PSS SMK Tasek. Marilah bersama - sama kita memanfaatkan kemudahan yang ada untuk meningkatkan potensi diri.


Hidup PSS SMK Tasek!!!