Wednesday, August 18, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010

Salam Ramadhan

Pihak Admin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR kali ini. Semoga semua calon berada dalam keadaan tenang dan bersedia untuk menjawab soalan yang ditanya.

Percayalah bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan, Tuhan akan memberi jalan atau kemudahan di atas urusan kita. Ikhlaskan diri dan antara rahsia untuk lebih mudah berjaya ialah jangan berhenti berkhidmat kepada kedua orang tua yakni ibu dan bapa kita dan hormatilah guru anda.

Semua guru mendoakan kejayaan anda.

Thursday, August 12, 2010

MARHABAN YAA RAMADHAN



Admin ingin mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua warga Sementas yang beragama Islam. Ramadhan merupakan bulan yang kita tunggu - tunggu kedatangannya kerana terlalu banyak ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Taala kepada hambaNya yang mengerjakan ibadah berpuasa.

Banyak Program yang telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam bagi menghidupkan Ramadhan dalam kalangan warga Sementas. Di antara program - program itu ialah Ceramah Ihya' Ramadhan sempena menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah ini...

Admin juga difahamkan bahawa sepanjang waktu rehat pada bulan Ramadhan ini, para pelajar akan diberi tazkirah oleh para guru dan terdapat juga 9 kumpulan tadarrus (pelajar) yang akan bertadarrus Al-Quran mengikut himpunan juzuk yang telah ditetapkan dengan pemantauan seorang guru bagi setiap kumpulan.

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan mahu merebut peluang untuk sama - sama melipat gandakan pahala Ramadhan Barakah ini.

Admin ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua ahli panitia Pendidikan Islam di atas usaha murni merancang program untuk menfaat bersama. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sunday, August 8, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH

SMK Tasek melakarkan sejarah buat sekian kalinya. Bertarikh 7 Ogos 2010, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik disambut buat kali ke 6 dengan meriah. 

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Daud bin Hassanudin, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN PP mantan Pegawai Pelajaran Daerah SPS. Pihak sekolah merakamkan setinggi - tinggi penghargaan di atas kesudian beliau merasmikan Hari Anugerah pada kali ini. 
Tahniah kepada semua warga SMK Tasek khususnya kepada penyelaras program, Pn Fazilawati Jamaludin kerana begitu dedikasi terhadap tugas masing2.

Tahniah juga kepada semua penerima anugerah di atas usaha gigih dalam bidang masing2 dan teruskan melakar detik-detik indah semasa berada di SMK Tasek.

Terima kasih kepada para waris yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi Hari Anugerah kali ini.

Tuesday, August 3, 2010

Terima kasih, Jasa kalian tetap kami kenang

Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Noridhuwah, Cikgu Noraini dan Cikgu NorAznina....
Terima kasih krn banyak memberi khidmat bantu dalam mendidik dan mengurus perjalanan kurikulum, kokurikulum dan HEM SMK Tasek. Sesungguhnya kehadiran kalian semua di SMK Tasek begitu bermakna.
 Kalian mewarnai suka duka di SMK Tasek dan itulah sebenarnya pengalaman yang amat berguna dalam mematangkan diri seorang yang bergelar CIKGU...

Sebenarnya, walau di mana jua pun kalian bertugas, misi dan visi seorang CIKGU adalah sama iaitu mendidik anak bangsa menjadi manusia yang mampu berjasa pd agama dan nusa bangsa. Kami di SMK Tasek sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua dan sudi-sudilah bertandang menjenguk anak - anak didik yang begitu dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar drpd kalian.

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...