Sunday, July 25, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2009

DOA BUAT AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA





Ketika sakit, ketika sihat, ketentuan ajal dan maut... segalanya adalah milik Allah. Kasih yang mendalam dari seorang anak kepada ayahanda dan bonda tercinta dapat dipanjangkan melalui DOA...

Di permulaan pagi yang hening ini, Admin ingin memohon jasa baik seluruh warga Sementas05 dan para pelajar juga pelawat Blog Sementas05 untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik kepada Ayahanda Shamsudin bin Hanafi (ayahanda Cikgu Marsita) dan Ayahanda Daud (ayahanda Cikgu Dazila) yang kini sedang diberi ujian oleh Allah. Sesungguhnya melalui ujian itulah,   Allah meningkatkan maqam hamba disisiNYa. 

Seterusnya, marilah sama - sama kita memanjatkan doa kesejahteraan buat ayahanda dan bonda sama ada mereka masih hidup atau pun telah dahulu pergi menyahut seruan Ilahi... 

Salam dinihari...


LDP 3 : Merangka dan membina jadual waktu

LDP kali ke 3 telah selamat dilaksanakan pd Sabtu 24 Julai 2010. Penceramah kali ini yang juga guru jadual waktu iaitu Pn Norhasnamila Mushari mengendalikan program dengan baik dan lancar dibantu oleh Pn Norhasniza Yaacob.

Di dalam LDP kali ini, para guru SMK Tasek diberi ilmu dan pendedahan berkaitan cara menyusun dan membina jadual waktu dengan mengguna pakai Software Winjaws. Pendedahan ini dilihat secara positif dapat memberi sedikit gambaran dan pengetahuan serta pengalaman secara hands-on kepada para guru dalam melicinkan tadbir urus perjalanan kurikulum sekolah.

Harapan yang digarapkan agar para guru bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk merangka  dan membina jadual waktu pada suatu masa kelak.

Usaha murni JKuasa LDP ini khususnya En. Eshamuddin Abd Rahim, PK Pentadbiran dan Pn Juhaida Abd Rahman selaku personalia yang mengurus LDP bagi pihak sekolah, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Atas usaha yang berterusan, Jati diri guru yang kental...tiada yang mustahil bagi seorang guru menggapai impian...  

Thursday, July 22, 2010

Minggu Sains & Matematik : Hari ke-3

         

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ke-3 Minggu Sains & Matematik. Tahniah diucapkan kpd guru- guru Sains dan Matematik yang telah bertungkus lumus menjayakan Minggu ini. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Rocket Launch, Maths Magic, ice Cream Making dan Human Bingo. 

Tuesday, July 20, 2010

Kuiz Spontan

Pengisian Minggu Sains dan Matematik hari kedua ialah Kuiz Spontan.
Pelajar telah diajukan soalan berkaitan Sains dan Matematik untuk menguji mereka dalam bidang tersebut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan dan mendapat hadiah dan bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa.... masih ada lagi aktiviti yang menarik bakal dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik.

Friday, July 9, 2010