Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010


Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
kami tumpahkan setia
rukun negara kita
panduan hidup kami semua....

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru buat semua warga guru SMK Tasek

Perasmian Laman Blog Sementas05

SMK Tasek melakar sejarah buat sekian kalinya hari ini... 

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Tuan Pengetua, Dr Haji Mohd Nazari bin Yaakob akan melancarkan Portal SMK Tasek pada 21 Mei 2010. Semua warga SMK Tasek dan bekas pelajar dialu-alukan untuk memeriahkan Portal sekolah dalam usaha melestarikan wadah pendidikan.  Tahniah buat SMK Tasek...

Portal akan beroperasi secara rasminya pada 01 JUN 2010. 
di alamat Portal : www.sementas05.blogspot.com

Harap Maklum. 

Thursday, May 6, 2010

Taklimat Waris MPV Produksi Multimedia


 

 


Satu sesi taklimat berkaitan perjalanan Mata Pelajaran MPV Produksi Multimedia dan kepentingan sokongan dan pemantauan daripada waris telah diadakan pada 5 Jun 2010 kepada para waris pelajar MPV Produksi Multimedia.

Jutaan terima kasih daripada Panitia MPV Produksi Multimedia kepada pihak pentadbiran terutamanya 
Tn Pengetua Dr Hj Mohd Nazari bin Yaakob yang begitu prihatin terhadap kelancaran perjalanan MPV. Pihak Panitia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para waris yang hadir menjayakan taklimat tersebut.

Kepada para pelajar MPV, panjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas kurniaan ini. Anda memang bertuah kerana terpilih menjadi cohort pertama MPV Produksi Multimedia SMK Tasek. Semua kelengkapan yang disediakan oleh pihak kementerian Pelajaran sewajarnya digunakan sebaik mungkin dalam mengembangkan bakat dan potensi diri untuk menghadapi wadah di kemudian hari. Ruang dan peluang telah terbentang di hadapan anda, terpulanglah kepada diri untuk memilih dan melaksanakannya sebaik mungkin.